Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009!!!!!!

Friday, May 15, 2009


Sebiji epal sehari

Sebagai buah-buahan pencuci mulut, epal bukan sahaja enak dimakan tetapi dijadikan snek kesihatan bagi mengurangkan risiko sakit jantung, kanser dan kolesterol darah.


KANDUNGAN serat epal berupaya mengisi perut yang lapar.



PIGMEN merah yang terdapat pada buah epal adalah antioksida semula jadi.





MUNGKIN ramai yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal.

Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari. Satu kajian mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal.

Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.

Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

Menurut pakar pemakanan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Tan Yeng Sing, epal menjadi kegemaran bukan sahaja kerana rasanya tetapi khasiatnya.

"Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.

"Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan mencegah anda daripada makan berlebihan," katanya.

Tambah beliau, sebiji epal wajar diambil setengah jam atau satu jam sebelum anda menikmati hidangan utama setiap hari, iaitu antara makan tengah hari dan malam.

Dengan cara itu, kita mengurangkan hidangan yang diambil kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.

Bercerita mengenai kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena.

"Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

"Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.

"Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat)," jelasnya sambil memberitahu epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.

"Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).

"Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon," ujarnya.

Bagaimanapun, nasihat Yen Sing, elakkan pengambilan buah yang mempunyai warna yang sama setiap hari. Katanya, untuk mendapatkan diet yang ideal, kita seharusnya mempelbagaikan jenis buah-buahan dan juga warnanya, termasuk sayur-sayuran.

Justeru, pakar diet mengesyorkan pengambilan makanan daripada warna-warna pelangi. Cara tersebut bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, malah membantu kita mendapatkan pemakanan yang seimbang.

"Amalkan pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal, strawberi, oren, kiwi dan salad berbanding buah-buahan atau pemakanan yang telah diproses," kata Yen Sing.

Sementara itu, dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyatMalaysia menikmati buah epal, Suruhanjaya Epal Washington (WAC) telah menganjurkan siri program pendidikan dan promosi kepada orang ramai bermula bulan Mei ini.

Untuk memberikan ganjaran hebat kepada para penggemar epal, program pertukaran epal Washington akan diadakan di semua gedung terbesar Giant, Cold Storage dan Jusco di seluruh Malaysia.

Di gedung-gedung itu, dengan setiap pembelian minimum epal Washington, para pembeli akan menerima cenderamata menarik seperti cawan dan rantai kunci daripada pihak WAC. Tawaran ini sah selagi stok masih ada.

"Bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa kekal sihat, WAC memberikan epal percuma kepada kakitangan di salah sebuah pusat kecergasan utama, True Fitness, di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor dan kepada 55 orang kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Hope, Petaling Jaya," jelas wakil pasaran WAC, Eddie Saw.

Wednesday, May 13, 2009

PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

  1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
  2. Mandi setelah makan.
  3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
  4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
  5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
  6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum
    Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

  1. Memakan daging.
  2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
  3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
  4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
  5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
  6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

  1. Bercakap banyak.
  2. Tidur banyak.
  3. Makan banyak.
  4. Banyak jimak.

4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

  1. Banyak jimak.
  2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
  3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
  4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

  1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
  2. Sentiasa bersugi.
  3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,
MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ia tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

  1. Melihat pekara-pekara yang haram.
  2. Melancap.
  3. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
  4. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
  5. Tidak membaca Al-Quran.
  6. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
  7. Mengumpat dan mengata.
  8. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
  9. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
  10. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
  11. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

  1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
  2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
  3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :

  1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
  2. Selepas berjimak.
  3. selepas makan atau sebelumnya.
  4. Ketika sedang makan.
  5. Selepas memakan buah-buahan.
  6. Selepas keluar dari bilik mandi.
  7. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH
RASULULLAH S.A.W.

  1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
  2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
  3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
  4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

  1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
  2. Selepas masuk waktu Asar.
  3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

  1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
  2. Merosakkan warna kulit.
  3. Melemahkan jantung.
  4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
  5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
  6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

  1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
  2. Hindarkan dari tidur lewat malam.
  3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
  4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
  5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
  6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

  1. Banyak melakukan jimak.
  2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
  3. Banyak minum air di waktu pagi.
  4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

  1. Merokok yang berterusan.
  2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
  3. Kurang tidur.
  4. Sentiasa mandi di tengah malam.
  5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
  6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

  1. Melihat kepada benda-benda kotor.
  2. Melihat kepada palang +/salib.
  3. melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
  4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
  5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
  6. Banyak menangis.

    ilmu kongsian bersama…

    ilalliqa’


salam...

buat semua pengunjung lamanku...

semoga sentiasa berada di dalam keadaan sihat selalu...

kali ini ana tidak berhajat untuk mengahntar sesuatu yang berilmiah cuma hayati keindahan ciptaan Allah ini menerusi gambar di bawah....

Sunday, May 10, 2009

MENJELANG PEPERIKSAAN...
bagi penuntut-penuntut di IPTA kebanyakan mereka sudah merdeka kerana telah selesai menjalani pepriksaan dan kini telh mula bercuti..tetaoi bagi penuntut Institut Pendidikan Guru, mereka masih bertungkus lumus berusaha bagi mempersiapkan diri menjalani peperiksaan yang bakal bermula minggu hadapan..bagi rakan-rakan sekalian berikut dinyatakan beberapa tips bagi menjalani peperiksaan..

Persediaan hati


Persediaan hati lebih banyak mempengaruhi kedua-dua persediaan lain, cuma ia tidak nampak secara zahir. Hati yang bersih memudahkan seorang muslim itu mendapat petunjuk dan bimbingan Allah lantas memudahkan dia menuntut ilmu yang suci. Antara caranya ialah dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana Allah dengan memasang niat yang benar dan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

• Persediaan akal


1. Pastikan mempunyai mind set bahawa peperiksaan merupakan satu perkara yang positif untuk seseorang itu berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai sesuatu.
2. Berlatih menjawab past year question.
3. Jadikan study room anda sebagai operation room dengan menampal:
• kata-kata seperti “Allah bersama orang-orang yang berusaha” atau gambar- gambar yang dapat menaikan semangat anda.
• Tarikh dan tempat peperiksaan
• Countdown seperti ” 1 week to go”
• Peta minda

• Persediaan jasmani
Jaga kesihatan, bermula dari persiapan awal sehingga melangkah ke dewan peperiksaan untuk mengelakkan anda berasa bimbang dan terganggu emosi. Antara cara-caranya ialah:

1. Tidur yang cukup
2. Jaga pemakanan yang bersih (halal) dan seimbang.
3. Bersenam
4. Jaga Keselamatan

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar Malaysia. Kuatkan semangat dan usaha. Pastikan kita tidak lupa berdoa dan berserah kepada Allah selepas berusaha. Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

Rujukan: Dato’ Dr Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, Strategi Menghadapi Peperiksaan


Saturday, May 9, 2009

Assalamualaikum warahmatullah iwabarakatuh....

Ku teruskan bicara buatmu, Hawa...Semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan ketenangan hatimu...

HAWA...
Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati ini.Hawa..ke mana hilangnya sopan santun dan rasa hormatmu terhadapku?Kalau dulu,untuk mengucapkan sebaris kata di hadapan kusekalipun,kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata sebaik-baiknya dan seatur mungkin.Namun hari ini, suatu kebiasaan jika ku perhatikan malumu kian lenyap!Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yg menghalang dan kau bisa menyapaku tanpa segan-silu...malu itu selayaknya kau punyai, tapi apa yg terjadi kini?
HAWA..
Apa yg membimbangknku, keadaan ini biasa menjadikan kita makin hampir mengetepikan tuntutan perintah allah.Pergaulan yg kukira tidak wajar antara muslimin dan muslimat menenggelamkan ku dalam kekalutan perasaan,terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat kaummu dan kaumku bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi....
HAWA..
Mengapa tidak kau semaikan rasa malumu dalam hatimu??Mengapa hawa yg kukenal dulu tidak lagi selembut dulu?..Tidak seperti dulu??/Tutur kata yg petah,alunan suara yg lantang,menheret aku ke dalam kesedihan yg berpanjangan..Kau bisa ku samakan dengan tema-temanku yg lain dan...jika keadaan ini berterusan,suatu hari nanti,Hawa akan menguasai dunia dan Adam hanyalah penyeri saja..Dulu,kusanjung tinggi peradabanmu yg kiranya dibandingkan dengan kaumu di luar sana.Tapi kini, kepercayaanku kian luntur tatkala kulihat batas-batasmu kian memudar, dan sedarlah Hawa, dirimu adalah wanita yg menyimpan setinggi-tinggi maruah...Lantaran itu,usah terlalu ghairah denganku,kau Adam dan kita mempunyai benteng yg teguh....janganlah dirobohkan...

HAWA...
Fahamilah...ku tak ingin kau terlalu menonjol diri,kerana bagiku hawa adalah sebutir muiara yg terlalu mahal harganya.Terus terang kukatakan duhai hawa,bukan kemarahanmu kupinta,bukan sapaanmu yg menggembirakan diriku, tapi mengertilah Hawa,ku mahu kau pelihara kesopananmu dan maruahmu jangan kau perdagangkan.

HAWA...
Jika bersua muka,tundukkan pandanganmu.Perlahankan suaramu dan usahlah kau terlalu tampilkan dirimu meskipun naluri kita saling memerlukan.Ingatlah Hawa, batas-batas pergaulan di antara kita,itulah yg harus dijaga...

HAWA...
Peliharalah tingkah lakumutak kira di mana-mana saja.Walaupn aku tidak mampu untuk terus menerus memimpin dirimu seandainya kau tersilap langkah,tapi dengarlah Hawa,aku mahu kau sedar!! Sedar yg dirimu bisa terhumban di persada kehancuran jikalau dikau membiarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas di kala ini.Kaumku, Adam tidak ingin dunia ini dimamah laknat allah lantaran dosa yg kita titipkan...

HWA...
Sekian dulu untuk kali ini.Ketahuilah dunia Hawa.......aku amat merindui dirimu yang dulu....Wassalam....