Wednesday, November 24, 2010

Bila hati berbicara...

Suatu hari, aku mendapat perkhabaran bahawa rakan-rakanku sedang berbahagia dengan pilihan hati masing-masing. Aku turut bergembira mendengar cerita mereka walaupun diri ini masih belum berpunya. Tidak masalah bagi diriku kerna pasti Allah sudah menyediakan insan terbaik buat diriku tetapi masanya belum tiba untuk diriku. Aku berharap agar rakan-rakan memperoleh kebahagiaan yang dicari dan kebahagiaan ini tidak melalaikan mereka sehingga melupakan Sang Pencipta Cinta yang Maha Agung.



kerana cinta memiliki....
cinta itu diibaratkan seperti bebuihan di pantai..
semakin dekat digapai tangan
semakin jauh ia di terbangkan angin
kehadirannya membawa sinar kebahagiaan buat insan
yang merasakan cinta yang mendalam di hati
namun, cinta itu juga menyakitkan
jika ditadbir oleh insan yang kerdil...

cinta itu memiliki..
milik hamba yang sygkan PenciptaNya
kerna cinta membahagiakan...
hadapilah cinta dengan ketenangan
kerna cinta itu memiliki....


Buat rakan-rakanku,
aku mendoakan semoga kalian berbahagia dengan cinta yang kalian miliki.Hargailah ia bila ia hadir kerna bila ia meninggalkan diri kalian pastinya akan merindui cinta yang sejati..

CINTA YANG SEJATI ADALAH CINTA YANG ABADI, CINTA HAKIKI MILIK ILLAHI...

Tuesday, November 23, 2010

Rahsia Hati..

Sudah lama rasanya tidak menyumbang rasa di laman ini..

Maaf ya syg sudah lama diri ini tidak membelaimu...tuanmu ini sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai agenda...

erm...hari nie tuanmu ini nak bercerita tentang pengalaman pertamanya mengikuti kelas latihan memandu motosikal.. satu pengalaman yang menarik..cuma perlu giat berlatih bagi tidak kekok dan dapat lulus dalam ujian jpj nanti...harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar nantinya....amin ya robb..



nie lah gambar litar yang perlu aku redah...huhuhu...challenging habis....

Wednesday, October 13, 2010

GENTA RASA

Semakin meningkat usia semakin gentir cabaran yang mendatang.
Ku mohon kekuatan pada Yang Illahi agar diberi kekuatan pada driri ini agar terus tegar berjuang menuntut ilmu sebagai bekalan diri di dunia dan akhirat...