Friday, September 20, 2013

Kurniaan Illahi...

Alhamdulillah.. Ungkapan yang ingin aku ucapkan tika ini. Kesungguhan menuntut ilmu selama 5 1/2 tahun di IPG akhirnya menjadikan aku seorang guru. Guru dalam erti kata yang sebenar. Bukan lagi guru oelatih yang sering dilaungkan sebelum ini. Tanggal 1 Julai 2013 menjadi titik tolak permulaan kerjaya sebagai seorang pendidik. SK TAMAN PASIR PUTIH, PASIR GUDANG, JOHOR pula menjadi medan pertama bagi diriku bergelar seorabg pendidik bagi kanak-kanak istimewa. Walaupun ada sekelumit kekecewaan kerana ditempatkan di sini, namun aku perlu menyedarkan diriku ada hikmah di sebalik ketentuan ALLAH ini. Ada rahsia yang disembunyikan kenapa aku tidak merantau jauh beribu kilometer seperti rakan-rakanku untuk menyampaikan ilmu. Semoga diriku bisa menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang berdedikasi dan mampu mendidik anak istimewaku ini menjadi insan yang berguna. AMIN...
Bersama warga PPKIBP SK TMN PASIR PUTIH sempena sambuatn hari raya 2013 peringkat sekolah.. ( hiasan pentas tu guru-guru PPKIBP yg buat tau...bangga setepek..kui3...)

Tuesday, July 31, 2012

Kami juga insan biasa....

Diari 31 Julai 2012

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan dalam diri mereka. Jika kekurangan yang terpancar bukan itu keinginan mereka tapi itu adalah anugerah dari Allah sebagi ujian buatnya. Begitu juga dengan diriku dan insan-insan yang mengalami alergi dalam makanan...Bukan kami minta untuk dijadikan sensitif pada makanan tetapi itu adalah anugerah yang diberikan Allah sebagai ujian buat kami. Wajarkah kami dicemuh atau diperlekehkan kerana kekurangan yang kami hadapi. Sampai hati kalian....

Monday, June 4, 2012

Perubahan menuntut pengorbanan

Bukan mudah untuk berubah menjadi lebih baik tetapi ianya tidak mustahil. Tetapi sungguh mudah jika iangin berubah ke arah keburukan ( Nauzubillah ). Semoga kita menjadi insan yang sering dahagakan perubahan ke arah kebaikan demi mencapai kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi.Bagaimana mahu berubah? Apakah yang perlu dilakukan untuk berubah? Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak melakukannya. Nah, melalui firman Allah di sini jelaslah menunjukkan, bahawa manusia sendiri perlu menggerakkan diri mereka untuk berubah kerana dengannya Allah akan memberi dan membuka jalan untuknya berubah ke arah kebaikan. Bagaimana mahu berubah? Tepuk dada tanya iman. Bergantung pada fahaman individu itu sendiri bagaimana dia ingin mencorakkan perubahan dalam diri. Berikut dinyatakan beberapa tips untuk merubah diri ke arah kebaikan: 1. Dekatkan diri dengan Allah 2. Ibadah yang berkualiti 3. Bercinta dengan ilmu ( mendalami ilmu fardu ain dan fardu kifayah ) 4. Berdamping dengan orang-orang yang beriman 5. Banyakkan beristighfar Senarai ini hanyalah sekadar perkongsian buat pembaca. Banyak lagi perkara yang boleh dibuat bagi meningkatkan iman dalam diri dan berubah ke arah kebaikan. Pokok pangkalnya adalah hati yang membentuk niat. Jika kita ikhlas, maka Allah akan membantu kita dalam apa sahaja yang kita lakukan. InsyaAllah. Mulakan dengan niat yang ikhlas - istiqomah - perubahan hakiki - kebahagiaan dunia dan akhirat. InsyaAllah.