Tuesday, July 31, 2012

Kami juga insan biasa....

Diari 31 Julai 2012

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan dalam diri mereka. Jika kekurangan yang terpancar bukan itu keinginan mereka tapi itu adalah anugerah dari Allah sebagi ujian buatnya. Begitu juga dengan diriku dan insan-insan yang mengalami alergi dalam makanan...Bukan kami minta untuk dijadikan sensitif pada makanan tetapi itu adalah anugerah yang diberikan Allah sebagai ujian buat kami. Wajarkah kami dicemuh atau diperlekehkan kerana kekurangan yang kami hadapi. Sampai hati kalian....

Monday, June 4, 2012

Perubahan menuntut pengorbanan

Bukan mudah untuk berubah menjadi lebih baik tetapi ianya tidak mustahil. Tetapi sungguh mudah jika iangin berubah ke arah keburukan ( Nauzubillah ). Semoga kita menjadi insan yang sering dahagakan perubahan ke arah kebaikan demi mencapai kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi.Bagaimana mahu berubah? Apakah yang perlu dilakukan untuk berubah? Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak melakukannya. Nah, melalui firman Allah di sini jelaslah menunjukkan, bahawa manusia sendiri perlu menggerakkan diri mereka untuk berubah kerana dengannya Allah akan memberi dan membuka jalan untuknya berubah ke arah kebaikan. Bagaimana mahu berubah? Tepuk dada tanya iman. Bergantung pada fahaman individu itu sendiri bagaimana dia ingin mencorakkan perubahan dalam diri. Berikut dinyatakan beberapa tips untuk merubah diri ke arah kebaikan: 1. Dekatkan diri dengan Allah 2. Ibadah yang berkualiti 3. Bercinta dengan ilmu ( mendalami ilmu fardu ain dan fardu kifayah ) 4. Berdamping dengan orang-orang yang beriman 5. Banyakkan beristighfar Senarai ini hanyalah sekadar perkongsian buat pembaca. Banyak lagi perkara yang boleh dibuat bagi meningkatkan iman dalam diri dan berubah ke arah kebaikan. Pokok pangkalnya adalah hati yang membentuk niat. Jika kita ikhlas, maka Allah akan membantu kita dalam apa sahaja yang kita lakukan. InsyaAllah. Mulakan dengan niat yang ikhlas - istiqomah - perubahan hakiki - kebahagiaan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Friday, June 1, 2012

Wajah Baru

Berwajah baru...Apakah??? Selamat melayari...

Prince and Princess

Kalaulah tema ini yang dipilih...Apa yang aku nak pakai???? Serabut weyhhh.....

Thursday, May 24, 2012

Tamat sudah sebuah episod

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan bagi semester 7 dan dengan itu bermaksudlah berakhirnya semester 7 yang penuh dengan cabaran ini....( macam kena g perang je )..hahahha....soalan exam tadi nak kata senang tak jugak nak kata susah tak jugak tapi bisa menggegarkan kepala utakku ini jugaklah....( padanlah muka sendiri).apa-apa pun just nak wish selamat bercuti pada semua geng IPG dan pada yang nak tamatkan zaman bujang tue selamat menempuh alam baru buat kalian....( bila pulaklah aku nak bertukar alam eak???)
MAK ABAH ADIK NAK KAHWIN BOLEH??? ( dengan mata blink..blink...)heheheh....

Wishlist Semester 8 :
+ dapat hasilkan kajian yang terbaik dan memuaskan hati semua pihak
+ dapat jalani intership dengan baik dan cemerlang
+ boleh score untuk semua paper yang ada
+ grade dengan cemerlang
+ hadapi temuduga SPP dan lulus dengan jayanya serta selamat untuk dipostingkan
+ beli baju batik untuk diri sendiri ( dah 5 tahun belajar kat tganu pun takde sepasang lagi..mahal woooo )
+ memnuhi kehendak hati yang tak tertunai sebab takde pitis ( sadis..sadis...)
+ nak kahwin ( padahal nie wishlist yang pertama...hahaha...gatai sungguh cek ni na....)
lagi akan diupdate untuk masa akan datang..kang bebanyak bukan tercapai mahu nangis golek-golek nanti...huhuhu...

Akhir kalam, bubye semua,,,jumpa lagi di lain sesi..hehehe...Mmmuahhhhh ( comel tak mulut sy???heheheh )

Thursday, April 26, 2012

Penghujung Rindu

Sedar tak sedar sudah hampir 5tahun 6 bulan diriku berada di bumi Terengganu bagi mendapat segulung ijazah.Tahun ini merupakan tahun terakhir pengajianku sbelum aku dan raka-rakan di ' posting ' kan.( manalah nak hantar aku ni ye...)Pelbagai suka dan duka yang kami jalani dalam menempuh alam penuntut ilmu. Segala pengalaman ini mematangkan serta mendewasakan kami.( Skemalah plak...)
Buat teman-teman semoga baki pengajian yang ada ini dapat kita lalui dengan hati yang lapang dan dipermudahkan segala urusan... Teman gembira senang dicari Teman berduka dimanakah ia Teman Hargailah ia selagi ada Sayangilah ia selagi berpunya Kasihilah ia selagi bersama kerna teman itu ibarat cerminan buat diri.... Buat teman-teman sekalian, terima kasih atas segalanya dan maaf andai ada salah dan silap.
Rakan-rakan PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JAN.2009