Monday, June 4, 2012

Perubahan menuntut pengorbanan

Bukan mudah untuk berubah menjadi lebih baik tetapi ianya tidak mustahil. Tetapi sungguh mudah jika iangin berubah ke arah keburukan ( Nauzubillah ). Semoga kita menjadi insan yang sering dahagakan perubahan ke arah kebaikan demi mencapai kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi.Bagaimana mahu berubah? Apakah yang perlu dilakukan untuk berubah? Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak melakukannya. Nah, melalui firman Allah di sini jelaslah menunjukkan, bahawa manusia sendiri perlu menggerakkan diri mereka untuk berubah kerana dengannya Allah akan memberi dan membuka jalan untuknya berubah ke arah kebaikan. Bagaimana mahu berubah? Tepuk dada tanya iman. Bergantung pada fahaman individu itu sendiri bagaimana dia ingin mencorakkan perubahan dalam diri. Berikut dinyatakan beberapa tips untuk merubah diri ke arah kebaikan: 1. Dekatkan diri dengan Allah 2. Ibadah yang berkualiti 3. Bercinta dengan ilmu ( mendalami ilmu fardu ain dan fardu kifayah ) 4. Berdamping dengan orang-orang yang beriman 5. Banyakkan beristighfar Senarai ini hanyalah sekadar perkongsian buat pembaca. Banyak lagi perkara yang boleh dibuat bagi meningkatkan iman dalam diri dan berubah ke arah kebaikan. Pokok pangkalnya adalah hati yang membentuk niat. Jika kita ikhlas, maka Allah akan membantu kita dalam apa sahaja yang kita lakukan. InsyaAllah. Mulakan dengan niat yang ikhlas - istiqomah - perubahan hakiki - kebahagiaan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment