Seharum Mawar Berduri
Jadilah seperti sekuntum mawar berduri. Yang cantik dan harum dipandang mata tetapi sukar untuk didapati. Janganlah jadi seperti hampas kelapa setelah santan diperolehi hampasnya dibuang...Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah..
Friday, September 20, 2013
Kurniaan Illahi...
Alhamdulillah..
Ungkapan yang ingin aku ucapkan tika ini.
Kesungguhan menuntut ilmu selama 5 1/2 tahun di IPG akhirnya menjadikan aku seorang guru.
Guru dalam erti kata yang sebenar. Bukan lagi guru oelatih yang sering dilaungkan sebelum ini.
Tanggal 1 Julai 2013 menjadi titik tolak permulaan kerjaya sebagai seorang pendidik. SK TAMAN PASIR PUTIH, PASIR GUDANG, JOHOR pula menjadi medan pertama bagi diriku bergelar seorabg pendidik bagi kanak-kanak istimewa.
Walaupun ada sekelumit kekecewaan kerana ditempatkan di sini, namun aku perlu menyedarkan diriku ada hikmah di sebalik ketentuan ALLAH ini. Ada rahsia yang disembunyikan kenapa aku tidak merantau jauh beribu kilometer seperti rakan-rakanku untuk menyampaikan ilmu.
Semoga diriku bisa menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang berdedikasi dan mampu mendidik anak istimewaku ini menjadi insan yang berguna. AMIN...
Bersama warga PPKIBP SK TMN PASIR PUTIH sempena sambuatn hari raya 2013 peringkat sekolah.. ( hiasan pentas tu guru-guru PPKIBP yg buat tau...bangga setepek..kui3...)
Tuesday, July 31, 2012
Kami juga insan biasa....
Diari 31 Julai 2012
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan dalam diri mereka. Jika kekurangan yang terpancar bukan itu keinginan mereka tapi itu adalah anugerah dari Allah sebagi ujian buatnya. Begitu juga dengan diriku dan insan-insan yang mengalami alergi dalam makanan...Bukan kami minta untuk dijadikan sensitif pada makanan tetapi itu adalah anugerah yang diberikan Allah sebagai ujian buat kami. Wajarkah kami dicemuh atau diperlekehkan kerana kekurangan yang kami hadapi. Sampai hati kalian....

Monday, June 4, 2012
Perubahan menuntut pengorbanan

Subscribe to:
Posts (Atom)