Monday, August 1, 2011

Kecewa

Adat persahabatan
kadangkala suka dan kadangkala duka
namun tidak ku sangka dalam suka yang kau pamerkan tersimpan beribu perasaan benci yang kau pendam buat diriku...
mungkin ada kesilapan di pihak ku namun aku hanya insan biasa yang tidak lekang dari melakukan kesilapan..
aku tidak mengerti apa kehemdakmu, aku tidak mengerti mengapa kau sebegitu berubah, aku tidak mengerti apa atau siapa yang menjadi dalang kepada perubahanmu itu.
namun yang aku mengerti kau tetap sahabatku biarpun kau menjauh dariku..
aku akan sentiasa mendoakanmu walau beribu kebencian kau hulurkan buat diriku. kerna aku tidak pernah menyimpan segala kesalahan yang kau lakukan.
bagiku kau adalah teman yang dianugerahkan Allah buat diriku dan aku sebagai teman bertanggungjawab untuk menasihatimu.mungkin cara ku menasihatimu agak kasar tetapi sedarilah semuanya adalah untuk kebaikan dirimu...

MAAF BUAT SAHABATKU..
AKU MENYAYANGIMU KERANA ALLAH...

No comments:

Post a Comment