Friday, September 20, 2013

Kurniaan Illahi...

Alhamdulillah.. Ungkapan yang ingin aku ucapkan tika ini. Kesungguhan menuntut ilmu selama 5 1/2 tahun di IPG akhirnya menjadikan aku seorang guru. Guru dalam erti kata yang sebenar. Bukan lagi guru oelatih yang sering dilaungkan sebelum ini. Tanggal 1 Julai 2013 menjadi titik tolak permulaan kerjaya sebagai seorang pendidik. SK TAMAN PASIR PUTIH, PASIR GUDANG, JOHOR pula menjadi medan pertama bagi diriku bergelar seorabg pendidik bagi kanak-kanak istimewa. Walaupun ada sekelumit kekecewaan kerana ditempatkan di sini, namun aku perlu menyedarkan diriku ada hikmah di sebalik ketentuan ALLAH ini. Ada rahsia yang disembunyikan kenapa aku tidak merantau jauh beribu kilometer seperti rakan-rakanku untuk menyampaikan ilmu. Semoga diriku bisa menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang berdedikasi dan mampu mendidik anak istimewaku ini menjadi insan yang berguna. AMIN...
Bersama warga PPKIBP SK TMN PASIR PUTIH sempena sambuatn hari raya 2013 peringkat sekolah.. ( hiasan pentas tu guru-guru PPKIBP yg buat tau...bangga setepek..kui3...)

Tuesday, July 31, 2012

Kami juga insan biasa....

Diari 31 Julai 2012

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan dalam diri mereka. Jika kekurangan yang terpancar bukan itu keinginan mereka tapi itu adalah anugerah dari Allah sebagi ujian buatnya. Begitu juga dengan diriku dan insan-insan yang mengalami alergi dalam makanan...Bukan kami minta untuk dijadikan sensitif pada makanan tetapi itu adalah anugerah yang diberikan Allah sebagai ujian buat kami. Wajarkah kami dicemuh atau diperlekehkan kerana kekurangan yang kami hadapi. Sampai hati kalian....

Monday, June 4, 2012

Perubahan menuntut pengorbanan

Bukan mudah untuk berubah menjadi lebih baik tetapi ianya tidak mustahil. Tetapi sungguh mudah jika iangin berubah ke arah keburukan ( Nauzubillah ). Semoga kita menjadi insan yang sering dahagakan perubahan ke arah kebaikan demi mencapai kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi.Bagaimana mahu berubah? Apakah yang perlu dilakukan untuk berubah? Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak melakukannya. Nah, melalui firman Allah di sini jelaslah menunjukkan, bahawa manusia sendiri perlu menggerakkan diri mereka untuk berubah kerana dengannya Allah akan memberi dan membuka jalan untuknya berubah ke arah kebaikan. Bagaimana mahu berubah? Tepuk dada tanya iman. Bergantung pada fahaman individu itu sendiri bagaimana dia ingin mencorakkan perubahan dalam diri. Berikut dinyatakan beberapa tips untuk merubah diri ke arah kebaikan: 1. Dekatkan diri dengan Allah 2. Ibadah yang berkualiti 3. Bercinta dengan ilmu ( mendalami ilmu fardu ain dan fardu kifayah ) 4. Berdamping dengan orang-orang yang beriman 5. Banyakkan beristighfar Senarai ini hanyalah sekadar perkongsian buat pembaca. Banyak lagi perkara yang boleh dibuat bagi meningkatkan iman dalam diri dan berubah ke arah kebaikan. Pokok pangkalnya adalah hati yang membentuk niat. Jika kita ikhlas, maka Allah akan membantu kita dalam apa sahaja yang kita lakukan. InsyaAllah. Mulakan dengan niat yang ikhlas - istiqomah - perubahan hakiki - kebahagiaan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Friday, June 1, 2012

Wajah Baru

Berwajah baru...Apakah??? Selamat melayari...

Prince and Princess

Kalaulah tema ini yang dipilih...Apa yang aku nak pakai???? Serabut weyhhh.....

Thursday, May 24, 2012

Tamat sudah sebuah episod

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan bagi semester 7 dan dengan itu bermaksudlah berakhirnya semester 7 yang penuh dengan cabaran ini....( macam kena g perang je )..hahahha....soalan exam tadi nak kata senang tak jugak nak kata susah tak jugak tapi bisa menggegarkan kepala utakku ini jugaklah....( padanlah muka sendiri).apa-apa pun just nak wish selamat bercuti pada semua geng IPG dan pada yang nak tamatkan zaman bujang tue selamat menempuh alam baru buat kalian....( bila pulaklah aku nak bertukar alam eak???)
MAK ABAH ADIK NAK KAHWIN BOLEH??? ( dengan mata blink..blink...)heheheh....

Wishlist Semester 8 :
+ dapat hasilkan kajian yang terbaik dan memuaskan hati semua pihak
+ dapat jalani intership dengan baik dan cemerlang
+ boleh score untuk semua paper yang ada
+ grade dengan cemerlang
+ hadapi temuduga SPP dan lulus dengan jayanya serta selamat untuk dipostingkan
+ beli baju batik untuk diri sendiri ( dah 5 tahun belajar kat tganu pun takde sepasang lagi..mahal woooo )
+ memnuhi kehendak hati yang tak tertunai sebab takde pitis ( sadis..sadis...)
+ nak kahwin ( padahal nie wishlist yang pertama...hahaha...gatai sungguh cek ni na....)
lagi akan diupdate untuk masa akan datang..kang bebanyak bukan tercapai mahu nangis golek-golek nanti...huhuhu...

Akhir kalam, bubye semua,,,jumpa lagi di lain sesi..hehehe...Mmmuahhhhh ( comel tak mulut sy???heheheh )

Thursday, April 26, 2012

Penghujung Rindu

Sedar tak sedar sudah hampir 5tahun 6 bulan diriku berada di bumi Terengganu bagi mendapat segulung ijazah.Tahun ini merupakan tahun terakhir pengajianku sbelum aku dan raka-rakan di ' posting ' kan.( manalah nak hantar aku ni ye...)Pelbagai suka dan duka yang kami jalani dalam menempuh alam penuntut ilmu. Segala pengalaman ini mematangkan serta mendewasakan kami.( Skemalah plak...)
Buat teman-teman semoga baki pengajian yang ada ini dapat kita lalui dengan hati yang lapang dan dipermudahkan segala urusan... Teman gembira senang dicari Teman berduka dimanakah ia Teman Hargailah ia selagi ada Sayangilah ia selagi berpunya Kasihilah ia selagi bersama kerna teman itu ibarat cerminan buat diri.... Buat teman-teman sekalian, terima kasih atas segalanya dan maaf andai ada salah dan silap.
Rakan-rakan PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JAN.2009

Monday, August 1, 2011

Kecewa

Adat persahabatan
kadangkala suka dan kadangkala duka
namun tidak ku sangka dalam suka yang kau pamerkan tersimpan beribu perasaan benci yang kau pendam buat diriku...
mungkin ada kesilapan di pihak ku namun aku hanya insan biasa yang tidak lekang dari melakukan kesilapan..
aku tidak mengerti apa kehemdakmu, aku tidak mengerti mengapa kau sebegitu berubah, aku tidak mengerti apa atau siapa yang menjadi dalang kepada perubahanmu itu.
namun yang aku mengerti kau tetap sahabatku biarpun kau menjauh dariku..
aku akan sentiasa mendoakanmu walau beribu kebencian kau hulurkan buat diriku. kerna aku tidak pernah menyimpan segala kesalahan yang kau lakukan.
bagiku kau adalah teman yang dianugerahkan Allah buat diriku dan aku sebagai teman bertanggungjawab untuk menasihatimu.mungkin cara ku menasihatimu agak kasar tetapi sedarilah semuanya adalah untuk kebaikan dirimu...

MAAF BUAT SAHABATKU..
AKU MENYAYANGIMU KERANA ALLAH...

Monday, December 27, 2010

Persimpangan

Di Persimpangan Delima...

Diriku kini ibarat berada di tengah-tengah persimpangan.
Jalan yang mana harus ku pilih untuk terus melangkah menuju kehidupan yang abadi.
Apakah aku harus berundur dengan jalan yang telah aku pilih?
Atau aku harus terus maju ke hadapan melangkah dengan tenang menghadapi jalan yang sedia ada?
Atau aku harus berhenti di sini, memulakan hidup baru di jalan yang baru?
Jalan yang manakah yang terbaik buatku?




Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu untuk aku memilih jalan yang mana yang baik buat diriku di dunia dan akhirat. Kau kuatkanlah pegangan hatiku ini agar aku sentiasa yakin dan tsabat dengan jalan yang aku pilih. Janganlag Engkau memberikan aku petunjuk pada jalan yang salah...Bimbinglah aku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku di dunia dan akhirat.

Amin Ya Robb...

Saturday, November 27, 2010

Jadilah Dirimu Semula

Artikel ini baru kubaca...
Kurasakan bait-bait kata yang dituliskan amat bermakna buat diriku...
Justeru ingin ku kongsikan bersama teman-teman moga menjadi teladan bersama...
Buat sang penulis ku mohon agar dihalalkan penciplakan ini kerna ku sungguh menyukai bait-bait kata-kata ini...

Duhai dirimu yang kuhormati,
Jangan kau hilangkan kepercayaan dan harga dirimu yang selama ini terjaga.

Duhai dirimu yang kuiingati,
Sabarlah dengan penantian ini,
Halanglah dirimu daripada menghubungiku,
Jagalah hati kita agar tidak lalai dari mengingati-Nya,
Kerana cara itu lebih kusukai,
Bahkan aku bertambah yakin,
Namun, aku sedikit kecewa dengan dirimu,
Masih ingin menghubungiku walhal,
kau tahu kita bukannya mahram,
Yang tak patut kau hubungi.

Duhai dirimu yang kusegani tatkala dulu,
Jangan kau biarkan perasaan itu mengawal dirimu,
Hingga tindakanmu melebihi batas,
Jadilah dirimu semula,
Yang kukenali sebelum ini,
Kejarlah cita-cita yang murni,
Jangan kau lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada yang Esa.

Wednesday, November 24, 2010

Bila hati berbicara...

Suatu hari, aku mendapat perkhabaran bahawa rakan-rakanku sedang berbahagia dengan pilihan hati masing-masing. Aku turut bergembira mendengar cerita mereka walaupun diri ini masih belum berpunya. Tidak masalah bagi diriku kerna pasti Allah sudah menyediakan insan terbaik buat diriku tetapi masanya belum tiba untuk diriku. Aku berharap agar rakan-rakan memperoleh kebahagiaan yang dicari dan kebahagiaan ini tidak melalaikan mereka sehingga melupakan Sang Pencipta Cinta yang Maha Agung.



kerana cinta memiliki....
cinta itu diibaratkan seperti bebuihan di pantai..
semakin dekat digapai tangan
semakin jauh ia di terbangkan angin
kehadirannya membawa sinar kebahagiaan buat insan
yang merasakan cinta yang mendalam di hati
namun, cinta itu juga menyakitkan
jika ditadbir oleh insan yang kerdil...

cinta itu memiliki..
milik hamba yang sygkan PenciptaNya
kerna cinta membahagiakan...
hadapilah cinta dengan ketenangan
kerna cinta itu memiliki....


Buat rakan-rakanku,
aku mendoakan semoga kalian berbahagia dengan cinta yang kalian miliki.Hargailah ia bila ia hadir kerna bila ia meninggalkan diri kalian pastinya akan merindui cinta yang sejati..

CINTA YANG SEJATI ADALAH CINTA YANG ABADI, CINTA HAKIKI MILIK ILLAHI...

Tuesday, November 23, 2010

Rahsia Hati..

Sudah lama rasanya tidak menyumbang rasa di laman ini..

Maaf ya syg sudah lama diri ini tidak membelaimu...tuanmu ini sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai agenda...

erm...hari nie tuanmu ini nak bercerita tentang pengalaman pertamanya mengikuti kelas latihan memandu motosikal.. satu pengalaman yang menarik..cuma perlu giat berlatih bagi tidak kekok dan dapat lulus dalam ujian jpj nanti...harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar nantinya....amin ya robb..



nie lah gambar litar yang perlu aku redah...huhuhu...challenging habis....

Wednesday, October 13, 2010

GENTA RASA

Semakin meningkat usia semakin gentir cabaran yang mendatang.
Ku mohon kekuatan pada Yang Illahi agar diberi kekuatan pada driri ini agar terus tegar berjuang menuntut ilmu sebagai bekalan diri di dunia dan akhirat...

Wednesday, June 23, 2010

modal terbaru...

salam buat semua..

entri kali ini saya ingin mengajak rakan-rakan untuk mengenali kerjaya saya...

sudi-sudikanlah diri melawat blog kedua dan ketiga saya...

ini alamat lamannya...

http://akucikgukhas.blogspot.com

dan

http://autism2you.blogspot.com

sekian... :)

luahan rasa hatiku...

bila diriku bermonolog...

entah kenapa hari ini ku rasaka seperti tidak sedap hati..sepertinya ada sesuatu yang akan berlaku tapi aku sendiri tidak mengerti kenapa aku berperasaan begini.hatiku merasakan kurang enak.rasa berbelah bagi dan agak ' moody ' saja..erm..sindrom dh datang agaknya..tapi ku harapkan segala-galanya berjalan lancar tiada apa-apa yang buruk berlaku.

sekian entri ku pada kali ini.

di harapkan teman-temanku semua mendoakan kesejahteraan diriku ini ya...
thanks.. :)

Monday, June 21, 2010

selesai menaiktaraf blog kesayanagn ku...
selamat melayari buat teman-temanku...
semoga blog ini bermanfaat buat kalian semua...


mood : erm..menghabiskan saki baki cuti yang ada sebelum kembali ke medan perjuangan bagi meneruskan pengajian yang berbaki 2 tahun je lagi...hooreyyyyyy.....dua tahun je lagi...lalalalala..... :)

Wednesday, June 9, 2010

Bila pena mula digerakkan...

Salam buat semua...

Cuti sekolah sudah tiba...jadinya diriku pun cuti bersama...

Agak-agak apa perancangan terbaik untuk cuti sebegini ye??

Jika anda mempunyai apa-apa cadangan sila nyatakan di sini ye???

terima kasih... :)

Friday, May 21, 2010

nukilan hati...

salam ukhwah buat sahabat-sahabatku sekalian...

Di pertemuan kali ini, ingin diri yang hina ini mencoretkan sesuatu yang di luar batas kekuasaan dan kemampuan akal teman-teman...apa yang akan teman-teman lakukan jika kalimah ini dilontarkan pada kalian ' KIAMAT SUDAH DEKAT '?????adakah teman-teman akan berasa gentar?sedih?takut?ataukah kalian tidak mempunyai sebarang perasaan tentang itu?sedarlah duhai teman, sesungguhnya kiamat itu sudah menghampiri kita. hanya kita saja yang alpa dan leka dengan kehidupan dunia yang melalaikan.

Baru-bary ini ada kenalan yang menyampaikan satu berita yang agak mengejutkan saya.katanya kini bumi sudah tua.keadaan cuaca yang tidak menentu panas dan hujan ini berpunca daripada peredaran matahari yang sudah mahu berubah arah.sang mentari sudah menghala ke barat.dan barangkali suatu hari nanti akan terbit dari barat.dan kejadian itu dijangka berlaku hujung 2010 ini.tahukah kawan-kawan apa yang akan berlaku jika matahari terbit dari arah barat?renung-renungkanlah duhai teman...kiamat itu menghampiri kita..persiapkanlah diri dengan bekalan yang mencukupi agar timbangan kita di akhirat kelak lebih berat kepada kebaikan dan syurga menanti kita.insyaAllah...sekadar renungan bersama...

Saturday, March 27, 2010

Warkah seorang guru..

salam semua..

sudah lama rasanya saya tidak menulid di laman blog ini..kekangan masa yang menyebabkan sukar untuk saya menulis di sini...

renungan hari ini berkisar tentang persahabatan...

sejauh mana anda mengenali sahabat anda??
sebesar mana nilaian anda pada sahabat anda??
apakah tujuan anda bersahabat dengan sahabat anda??
adakah anda memiliki sahabat yang ketika senang dialah teman ketawa anda dan ketika anda bersedih, dialah penenang anda??

sahabat ibarat sebutir mutiara yang berada di dalam cangkerang tiramnya yang sukar untuk dimiliki jika tidak digali atau dicari dengan bersungguh-sungguh...sesungguhnya sahabat yang baik adalah sahabat yang senantiasa mengingatkan kita kepada Pencipta dan sahabat yang apabila kita melihat wajahnya kita akan mengingati Allah...

Adakah sahabat anda sebegitu??

Renung-renungkan dan selamat beramal...

: )

Wednesday, November 4, 2009

KENALI DIRI ANDA....

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran-Dr Fadhilah Kamsah

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
rajin belajar dan kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstarak
sukakanbenda yang realiti dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpersonaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak jika dikongkong
suka kegiatan lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka kepada benda remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
berkecenderungan kepada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpersonaliti menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody

APRIL

sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian
sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran tajam
mudah marah jika tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang sangat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik ( otak kiri )
suka berangan
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
daya khayalannya tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
suka sastera, seni, muzik dan melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lambat sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI

seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
agak pendiam kecuali diransang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
berjiwa sentimental
kurang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan serupa kepada semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka manilai orang lain dengan pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka mengenang peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari kesihata bahagian perut
mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
minta disayangi
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semanagt juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka memimpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat besopan santun dan betolak ansur
sangat cermat, teliti, dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
banyak berfikir
daya penakakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
mengawal diri dari selalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
sukakan sukan, hiburan, dan melancong
kurang menunjukkan perasaan
lama menyimpan jika terluka hati
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik

OKTOBER

suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera, dan seni
pengasih, penyayang, dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER

banyak idea dalam sesuatu perkara
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
tidak hargai pujian
bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain
tak suka marah kecuali tergugat
pandai muhasabah diri
romantik
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
suka duduk di rumah
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
benci pada kongkongan